Tuesday, November 16, 2004
kasih ufuk rindu 7
“Dah sihat ke?”Andrian menyapa gadis itu,tersenyum memerhatikan In yang telah segar kembali,tidak seperti tiga hari lalu sewaktu dia datang melawat gadis itu.In kelihatan lemah dan tidak bermaya waktu itu.
“Alhamdulillah,terima kasih Encik Rean.”dia menjawab sopan.Kini dia kembali bekerja setelah tiga hari bercuti sakit.
“Lain kali kalau tak sihat tu lekas lekas jumpa doktor,tengok sekarang siapa yang susah.Dah melarat macam tu.”dia menasihati In.
“Baiklah,Encik.Terima kasih kerana ingatkan saya.”laju dia menganggukkan kepala.
Ingin Andrian segera beredar dari mejanya.Senyuman Lin yang semacam membuatkan dia tidak senang,pasti rakannya itu menyangka yang bukan bukan.
“Hei,untungnya badan.Sakit sampai bos datang rumah.”Kan dah kata,belum pun lama Andrian masuk Lin dah menyerbu kemejanya.Minah tu memang kaki kepoh sikit.
“Alah,dia tu cousin sepupu akulah.Pasal tu dia datang jenguk aku.”ligat kepalanya memikirkan alasan yang logik lagi boleh diterima akal.
“Cousin sepupu,iyalah tu.Lepas tu jadi lah kau wife cousin sepupu kau tu”mengekek ketawa Lin.In hanya mengelengkan kepala,malas nak melayan minah tu.
“Betul In.Cara dia treat you sejak first time you datang sini I dah boleh agak ada sesuatu yang akan happen to both of you.”Lin bersuara setelah tawanya
reda.
“Selama ni tak pernah ada mana mana student praktikal yang kekal lama,kecuali you sorang aje.Betul I cakap,I dah kerja lama dengan bos tu.Cara dia tengok you aje, I tahu dia sukakan you.”Lin berkhutbah panjang lebar.
“You jangan nak mengarut ya.I dengan bos tu mana sesuai.Lagipun I pernah jumpa girl dia.Lawa,model kot.”dia bersuara,ketawa mendengar kata kata Lin.Tak pernah terlintas langsung difikirannya perkara sebegitu.
Dia akui dia tertarik dengan anak muda itu tapi ia tidak bermakna apa apa.Nothing!Perasaan dia pada seseorang begitu kuat mengikat hatinya.Sejak dulu lagi,sejak azali mungkin!
Andrian duduk didalam biliknya,tersenyum.Mata memandang kearah pintu,tembus. Seolah olah dapat melihat In dari dalam biliknya itu.Hati terasa tenang,ketenangan yang menerpa sebaik saja melihat gadis itu.Tidak pernah dia merasai perasaan sehebat itu pada seorang wanita.
Kini dia yakin,sepenuhnya menyakini yang dia menyintai gadis itu.100%. Perasaanya terhadap In berbeza dengan perasaannya terhadap wanita wanita sebelum ini yang hadir dalam hidupnya.Melihatkan senyumannya saja sudah cukup melembutkan hati lelakinya.
Hati cepat cair bila melihat wanita itu.Senyuman terukir lagi.Entah guna guna apa yang In pakai hinggakan dia angau begitu.Bayangan In begitu sukar dihapuskan.Tiap kali malam mengetuk,menunjukkan diri,tidurnya bertemankan mimpi mimpi indah bersama gadis itu.
“Ada sesuatu yang Rean nak katakan pada In.”Andrian bersuara tenang,cuba mengawal perasaanya saat itu.Dia gembira sekurang kurangnya In bersetuju untuk keluar bersamanya malam itu.Itupun setelah diberitahu kepada Zaidi terlebih dahulu.Walaupun timbul sedikit rasa kecewa bila gadis itu ingin meminta kebenaran Zaidi terlebih dahulu.
“Apa dia?”dia tidak selesa begitu.Ada sedikit gementar bila Andrian membahasakan dirinya Rean.
Belum pernah dia datang makan ke tempat eksklusif begitu.Kalau dengan Zaidi tidak kisah sangat,sepupunya itu lebih senang makan ditempat biasa.Tepi kedai ke,warung ke,semua boleh.Dia akan membantah tiap kali Zaidi ingin membawanya ketempat begitu.Canggung rasanya.Tapi untuk membatah Andrian,rasanya tidak wajar,Andrian tu bos aku.Lagi pun Rean kata sebagai perpisahan,iyalah semalam hari terakhir praktikalnya di pejabat Andrian.
“Rean,nak lamar In.”meluncur keluar ucapan dari bibirnya.
“Apa?!”hampir melompat In mendengar kata kata itu.Aku salah dengar ke?Peluh memercik didahi.Ditenungnya Andrian didepan mata.Tiada tanda anak muda itu bergurau muka dia serius aje.
“Rean cintakan In.Sejak pertama kali melihat In dulu hati Rean dah tertarik pada In.”dia tersenyum,ingin tergelak pun ada rasanya bila melihat In yang terkejut,pucat mukanya.Lembut dia mencapai tangan gadis itu.
“Saya minta maaf.”In menarik tangannya perlahan,tidak mahu anak muda itu terluka. Jelas perubahan diair muka Andrian saat itu.Cuba ditenangkan perasaan bila In menarik tangannya.Namun tidak dapat dinafikan hati tersayat bila In bertindak begitu.
“Kenapa?In ada orang lain?”dia mengumpul kekuatan untuk bertanyakan soalan itu. Hatinya luka saat itu.
“Tidak.”Cepat dia menjawab.“Saya tak ada sesiapa,tapi perasaan saya dah terikat pada orang lain.Kami belum ada apa apa,tapi rasanya cukuplah buat sementara ini.”dia bersuara,saat itu hanya kata kata itu yang dirasakan sesuai untuk dituturkan pada anak muda itu.
“Zaidi.”sepatah nama sepupu itu keluar dari bibirnya.Lemah saat itu.In mengangguk perlahan.
“In cintakan dia?”soalan itu bagaikan butir butir pasir yang menyakitkan kerongkongnya.
“Hanya dia saja.Orang pertama dalam hidup saya,saya sayangkan dia,tak kira apa perasaan dia pada saya.”tenang In bersuara.Walaupun sayu melihat Andrian,tapi dia tidak mahu menipu diri sendiri.Segalanya lahir sendiri tanpa dipinta.Perasaanya pada Zaidi juga tanpa diundag,hanya dia saja yang tidak menyedari selama ini.
“Saya minta maaf.Saya tak berniat nak lukakan hati awak.”dia memandang anak muda yang lesu itu.Wajahnya jauh berbeza dengan sewaktu mereka melangkah masuk tadi.
“Tak mengapalah.Rasanya suratan.Tapi percayalah In,satu satu wanita yang benar benar mencuri hati saya adalah awak.”sayu dia bersuara,menimbulkan kekesalan dilubuk hati In.
Andrian kebingungan.Perasaanya kosong saat itu.Betapa dia rasa kehilangan saat itu. Masih jelas dibayangan mata senyuman manis,tawa menawan, jelingan manja milik gadis itu.
Ah…In,betapa sukarnya ingin dihilangkan gadis itu dari hatinya.Masuk hari ni dah dekat seminggu dia tidak ke office,keluar merambu pun tidak.Dunianya sejak seminggu lalu hanyalah bilik tidurnya dan kawasan rumah banglo itu saja.
Keadaanya tidak terurus, hilang sudah Andrian dulu yang penuh sifat nakal dan gila gila nya kini berganti dengan satu wajah kusut tidak bermaya.Dia duduk dibibir kolam.Tersenyum seketika bila mengingatkan kembali detik bersama In.
Terbayang usikkan gadis itu,senyumannya sewaktu mereka bekerja hingga sehari suntuk dulu.Ingat lagi bagaimana reaksi gadis itu merajuk bila dia berkeras mahu menghantarnya pulang hingga kekampung.Namun dia tersentak, tiba-tiba ,kata kata In bergema.
“Awak memang angkuh.Tapi satu hari nanti awak akan bertemu buku dengan ruas.Awak akan jumpa perempuan yang akan tundukkan awak.Awak akan kalah dengan cinta sejati.”
Dia sedar,dulu dia terlalu angkuh.Bermain dengan hati wanita.Tapi kini kata kata In bagai telah terbukti.Dia kini bertemu buku dengan ruas.Tunduk dikaki In.Tunduk dengan rasa cinta yang membara terhadap wanita itu.
Andrizal,Andrihilda,Datin Horsia dan Datuk Andikairul memerhatikan gelagat Andrian. Mereka risuakan keadaan anak muda itu.Namun keputusan Andrian untuk ke New Zealand menguruskan pembukaan cawangan mereka disambut baik.Sekurang kurangnya jauh dari In.
Mereka tahu penderitaan dialami Andrian saat itu hebat.Belum pernah mereka melihat keadaan Andrian begitu.Sudah berpuluh gadis yang datang dan pergi dari hidupnya tapi dia relaks aje.Kehilangan yang satu itu benar benar merubah sikap anak muda itu.
Lain benar,begitu hebat rasa yang melanda.Mereka sedar,tiada sesiapa yang boleh disalahkan dalam soal itu.Soal hati dan perasaan sukar dijangkakan.Kalau difikir fikirkan Zaidi dan In lebih berhak untuk hidup bahagia,mereka terlalu lama mengenali satu sama lain.Dah bermacam dugaan yang mereka tempuhi.
“Gambar gambar tu tak membuktikan apa apa Ju.”dia berusaha mengawal perasaan.Sakit hati melihat Andrian dan In yang baru keluar dari Mutiara Hotel bersama sama.Pasangan itu kelihatan sedang bergelak ketawa gembira bersama.
“I tak tipu Di.Betul,I terserempak dengan mereka.Kan dulu pernah sekali I beritahu you I nampak dia naik kereta Andrian.Tapi you tak percaya.Lepas tu beberapa kali I terserempak mereka sedang makan bersama.Bukan main mesra lagi.Tapi I sengaja tak beritahu you.I tahu you akan terluka.”Julia menunjukkan wajah muram,dalam hati gembira bukan main.
“I perlukan you Di,I tahu you terluka.Kita kawin,dan I akan ubati kelukaan you tu.”Julia tersenyum,merenung Zaidi yang kelihatan muram.Senang rasa hati,segala yang di idamkan berjalan seperti yang sepatutnya.
“Di,I cakap dengan you ni.”dia merengek manja.Zaidi masih lagi membisu seribu bahas. Malas nak melayani kerenah Julia.
“Kalau you senyap maknanya you setujulah kawin dengan I ?”Zaidi masih lagi diam. Dibiarkan Julia membebel sendiri.Fikirannya tidak tenang saat itu.
Begitu pedih,hatinya sakit.Terluka.Fikirannya kacau bilau,tiba tiba timbul rasa dendam pada In.Gadis itu menyakiti hatiku,gadis itu melukakan perasaan ku.Aku takkan mengaku kalah In.Aku akan buktikan aku boleh hidup bahagia tanpa kau.Aku tak perlukan kau!Batinnya menjerit,keras.Selebihnya didorong dek perasaan marah yang tidak terbendung.
“I setuju!”tanpa sedar dia memberikan persetujuan yang membuatkan Julia ketawa.
“Kenapa In lakukan semua ni?”bergema suaranya memandang gadis didepan mata.Tali tie dilonggarkan.Perhitungan dengan In harus segera dilakukan. Keputusan yang diambil akan disampaikan segera kepada gadis itu.Ingin melihat gadis itu merana seperti dirinya.
“Apa maksud abang ni?”Pelik In melihat kelakuan Zaidi yang tiba tiba berubah.Semalam semasa mereka keluar makan okey aje dia tengok Zaidi.
“Kenapa In buat perkara tak senonoh macam ni?”dia menengking lagi.Panas rasa hati. Sakit.Berdarah.
“Apa ni bang?In tak faham.”Terkejut dia mendengar nada suara Zaidi saat itu.Selama hampir seluruh hidupnya belum pernah sekali pun Zaidi berkelakuan begitu.Bahkan menengkingnya pun tidak pernah sama sekali.
“Tak faham atau pura pura tak faham.”Keras bunyi suara Zaidi.Menyindir gadis itu.Hati goyah melihat In yang mula menangis.Namun keegoaannya memuncak saat itu.Terasa seperti perasaannya dipermain mainkan.Diperkotak katikkan oleh orang yang paling disayanginya.
“Apa semua ni?”pantas dia melemparkan kepingan gambar kemuka In.Gadis itu terpaku. Terkejut bukan kerana melihat gambarnya bersama Andrian yang baru keluar dari hotel, tapi kaku dengan perlakuan Zaidi.
“Selama ni,In tahu tak.Abang sayangkan In sepenuh jiwa abang.Abang cintakan In sejak dulu lagi.Abang tak sangka In.Tak sangka In semurah itu.Jijik!Abang jijik kerana selama ini menganggap In baik.”dia merengus kasar.
Saat itu tanpa sedar dia melafazkan ucapan cintanya buat gadis itu.Tapi kini segalanya tidak berguna lagi.Betapa dia membenci gadis itu saat itu.Dia menyampah untuk menatap wajah yang dulu dipuja dalam diam.
“Abang,abang salah faham!”In bersuara perlahan.Tangannya mengutip sekeping gambarnya yang diambil bersama Andrian.Itupun tanpa mereka ketahui.Terpana dia mendengar ucapan cinta anak muda itu.Siapa yang ambil gambar aku ni?
“Salah faham?Iya,abang salah faham kerana anggap In perempuan baik.Tapi rupanya lebih buruk dari perempuan pelacur!”suara Zaidi bergema lagi di apartment itu.Benci melihat In saat itu.Betapa dia membenci gadis itu.Selebihnya dia sakit.Sakit hati.Sakit hati dengan kemesraan yang terpamer pada wajah Andrian dan In.
“Abang!In tak sangka akan dengar kata kata begitu dari mulut abang!”dia memekik. Terperanjat kerana peristiwa Andrian tak hilang lagi.Kini Zaidi pula menambahkan bebanan hatinya.
Dulu bila dia pasti yang dia menyintai Zaidi mentah mentah dia menolak cinta Andrian.Sedangkan tidak sama sekali dia tahu samada Zaidi turut menyintainya. Tapi kini segalanya serba tak kena.Semuanya tidak seperti diharapkan.Lelaki yang selama ini senantiasa berbicara lembut kini bertukar rupa. In bagaikan tidak mengenali lelaki didepannya saat itu.
“Sudahlah tak ada gunanya In berlakon lagi dengan abang.Tak sangka selama ni abang memuja perempuan yang pisau cukur rupanya.!”dia bersuara keras.
Seketika kemudian dia menyambung kembali,“Abang nak In keluar dari hidup abang.Keluar dari hati abang. Jangan sesekali In tunjukkan muka depan abang masa majlis perkawinan abang dengan Julia nanti.Abang akan kawin dengan Julia.Itu saja yang abang nak minta In lakukan. Jangan sesekali In tunjukkan muka depan abang lagi.
Abang terlalu jijik melihatnya In.” dia bersuara keras, pantas dia melangkah keluar dari apartment itu.
Puas hatinya dapat melepaskan apa yang terbuku.Panggilan sayu In tidak langsung dihiraukannya.Betapa kerasnya hati seorang lelaki saat itu.Bencinya pada In mengunung. Selebihnya dia berperang dengan perasaan sendiri.Rasa benci dan cintanya bergolak hebat.
Zaidi tidak kisah dengan semua itu.Semuanya mama dan papa yang uruskan,dia malas nak masuk campur.Mula mula memang semua orang terkejut dengan keputusannya, sampaikan adiknya Fidah mengamuk.
Tapi dia tidak peduli semua itu.Dia dibutakan oleh hati yang dirasuk iblis.Dia akui,dia tewas.Dia kalah untuk tidak lagi mengingati gadis itu. Terlalu sukar untuk dikikiskan memori itu.Walau bermacam cara dicuba tapi tidak mampu memadamkan segala kenangan dengan In.Terlalu banyak manis dalam hubungan mereka.Hampir dua dekad mencipta bunga cinta,namun belum sempat berkembang ia telah layu.Betapa dia menyintai In,tapi kerana perasaan dendam dia lakukan semua itu. Dia berkawin semata mata mahu menyakitkan hati In.Biar dia rasa!
“Di,mama tengok Di macam tak happy aje.Kenapa?”dia mendekati anak itu.Sejak kelmarin dia terkejut mendengar berita yang dibawa Zaidi.Anak itu mahu berkawin dengan Julia.Majlisnya pun dibuat secepat mungkin.Kelu dia mendengar kabar itu.
Dengan separuh hati jugalah dia suami isteri menghantar rombongan meminang ke rumah Datuk Ghafar.
“Tak ada apa apa ma.”dia duduk tegak.Memerhatikan Fidah yang muram sedang dipujuk Zack.Dia tahu Fidah marahkan dirinya.
“Mama nak tanya sesuatu pada Di.”dia ragu ragu untuk bersuara.
“Ada apa ma?”tenang dia menjawab,bagai mengerti persoalan yang bakal diutarakan mamanya itu.
“Di betul betul nak kawin dengan Ju?”
“Ya mama.Tak ada gunanya Di nantikan In.”
“Kenapa?Cuba terus terang dengan mama.Di gaduh dengan In ke?”dia mengusap lembut bahu anak bujangnya itu.
“Entahlah ma,Di rasa baik mama tak payah tahu.Biarlah ini antara Di dengan In aje.Di akan cuba bahagiakan Ju,walaupun sampai kini Di masih cintakan In.”Zaidi bersuara perlahan.
Bingkas bangun dari kerusi,ingin menghirup udara diluar pula.Dia kalah, memang dia kalah.Dia ingat dia mampu melupakan In tapi dia silap.Tidak sesaat pun dia boleh melupakan In.
Bayangan wajah gadis itu senantiasa mengekori.Hatinya terikat kuat pada kenangan mereka.Walau beribu kali dia nyatakan kebenciaan pada In namun hakikatnya rahsia dihati tiada siapa yang tahu……..
“Kalau mak sayangkan In,marilah kita pergi mak.”In menangis diriba Puan Zainon.
Pada ibu itu dia ceritakan segalanya.Sakit hati mendengar kata kata Zaidi.Betapa pedihnya di sakiti orang yang paling disayanginya dan paling menyedihkan anak muda itu tidak sedikit pun mempercayai dirinya setelah hampir seumur hidup mereka bersama. Membesar,meningkat remaja dan kini menuju kealam dewasa bersama.Apa tiada sekelumit perasaan percayakah Zaidi pada dirinya?
“Kenapa In tak jelas kan pada Zaidi.Mak yakin tentu dia faham lepas dengar cerita In.” dia masih memujuk.Masih berat mahu membenarkan anak itu pergi membawa diri.Jauh darinya.
“Tak guna mak.Dia nak kawin dengan orang lain.Selama ni pun kami bukannya ada apa apa.”dia menangis lagi.Masih tergia gia kata kata Zaidi.
Dia menangis lagi.Sejak pulang semalam dia dah sampaikan hasrat hati pada ibunya.Ingin pergi jauh membawa diri. Tawaran kerja yang didapati tepat pada waktunya.Ingin segera dia berlari,meninggalkan tanah semenangjung yang banyak mencoretkan kedukaan buatnya.
“Mak tak sampai hati tengok In macam ni.”dia mengusap rambut anak yang lebat.Tadi dia turut sama menangisi nasib anak itu.
“Kalau macam tu mak ikutlah In mak.Danial dan Haikal pun perlu lupakan abang Zaidi. Kita pun dah tak ada siapa siapa lagi disini mak.Kita bina hidup baru disana.”dia menyeka air mata saat itu.Terasa kekuatan datang saat itu bila mengenangkan anak anak yang masih belum mengerti.
“Baiklah In.Mak akan ikut In.Mak tak sampai hati nak biarkan In macam ni.Mak tahu kalau ayah dan along ada tentu mereka pun mahu mak buat perkara yang sama.Kita akan bina hidup ditempat orang In.Mungkin itu yang akan membahagiakan In.”dia memeluk anak itu.
Sayu hati ibunya mendengar kata kata In.Semalam dia mendapat jemputan untuk menghadiri majlis perkawinan Zaidi.Anak itu menangis teresak esak bila membacanya.
Dia tahu andai suami dan anak menantu masih ada pasti mereka merestui keputusan itu.Anak kesayangannya itu harus dibela.Mereka harus pergi jauh kalau itu yang boleh menghidupkan kembali jiwa anaknya itu.
“Kau tu cemburu buta Di!”Andrizal meninggikan suara bila melihat gambar yang dicampakkan Zaidi padanya.Terkejut dia menerima berita Zaidi akan berkawin dengan Julia.Apa dah jadi dengan In?Andrian yang berada di New Zealand mendesak dia bertanya.
“Tak betul apa aku cakap.Kau pun nampak gambar tu.Mereka keluar dari hotel.”dia meramas rambut.Sakit hati bila melihat gambar itu.
“Nampak.Aku nampak dengan jelas.Tapi kau tu buta.Tak nampak aku dan papa aku dekat belakang mereka.”dia bersuara serius.Geram dengan gelagat Zaidi.
“Apa..”dia terpana.Andrizal dan pak anjang?Pantas dia mencapai kembali gambar dari tangan Andrizal.
“Kau tersilap kerana menyakiti In.Dia gadis paling baik yang pernah aku kenali Di.Hari tu memang mereka kehotel.Tapi bukan buat maksiat macam kau anggap.Kami pergi berlima.
Aku,In,Rean,papa dan Lin.Kami kesana atas urusan kerja Di.Kau terlalu terburu buru.Kalau betul In seperti yang kau kata tentu dia dah terima lamaran adik aku tu.Kau tak tahukan,Rean pernah lamar In.”dia memandang sepupu yang kelihatan terperanjat itu.Ada rasa sesal dalam dirinya saat itu.
“Aku…”Zaidi hilang kata.Hilang segala kata kata kasarnya sebelum ini.Memang,ada gambar Andrizal bersama Datuk Andikairul.Agak kabur sedikit dibelakang,tapi masih boleh dikenali.Selama ini dia yang tidak nampak.
“Dia tolak cinta Rean walaupun dia belum tahu sama ada kau cintakan dia atau tidak.Dia kata hanya kau yang dia sayang.Kau yang pertama dalam hati dia.Tempat dalam hati dia hanya untuk lelaki yang paling disayanginya Di.Dan kau lelaki itu.
Rean kecewa,memang dia kecewa.Pertama kali dalam hidup dia menemui gadis sehebat In,tapi sayang dia lebih dahulu menyintai lelaki seperti kau.”pedas kata kata Andrizal menampar telinganya.
Tiba tiba sebak melanda.Teringat kekasaran yang dilakukan pada In.Dia tinggal sendirian bila Andrizal berlalu meninggalkannya.Air mata keegoan menitik akhirnya.Dia bagai mendapat kekuatan,pantas dia berlari menuruni anak tangga.
Mata terpaku pada mama yang sedang sibuk menyiapkan hantaran perkawinan.Perkawinan yang dipersetujui atas rasa marahnya pada gadis yang tidak langsung berdosa.Gadis yang terlalu suci buatnya..
“Ma,Di nak batalkan perkawinan Di denga Ju.”Sebaris ayatnya itu sudah cukup mematikan suasana yang tadi riang dengan suara sanak saudara mereka.Semua mata tertumpu padanya. Perlahan mata dialih pada mamanya.Dia terkejut,mama sedang tersenyum.Perlahan mama mendekati dirinya.
“Siang malam mama berdoa,moga Dia tunjukkan jalan.Pergilah Di,cari In.Mama mahu Di bawa dia balik kerumah ni sebagai menantu mama.”Datin Mariam bersuara.Dia tahu, tahu apa yang terjadi.Pasti anak itu telah temui bukti In tidak bersalah,dia amat memahami anak itu.Syukur kerana masih belum terlewat untuk berpatah.Dia tidak kisah dengan saudara mara dan rakan yang pasti hairan.Dia suami isteri lebih pentingkan hati anak itu.Dia tahu,pasti doanya dimakbulkan Tuhan.
Zaidi memulas tombol pintu apartment itu.Memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap. Mencari cari seseorang yang amat dirinduinya.Dah hampir sebulan dia tidak langsung menjejakkan kaki ke apartment itu.
“In!In!”dia memekik memanggil manggil gadis permata hatinya.
Pantas dia berjalan kebilik In yang juga kelihatan gelap gelita.Pantas tangan memetik suis lampu.Terang benderang bilik disimbahi cahaya lampu kalimantang.Mata meliar kesekeliling bilik, kemudian terhenti pada sesuatu diatas katil.
Perlahan dia melangkah menghampiri katil. Sayu melihat sautas rantai dan telefon bimbit yang pernah diberikan pada In berserta sekeping surat buatnya.Sedih hati saat itu.Rantai itu dihadiahkan pada gadis itu sewaktu dia berangkat ke London dulu.
Tanda yang dia sentiasa disisi In.Tapi kini rantai itu telah tanggal dari pemiliknya. Bingkas dia bangun,membuka almari pakaian.Kosong!Mata bertaut pada sehelai baju. Baju kebaya yang pernah diberikan sewaktu mengajak In menemaninya menghadiri majlis dulu.Hati tersentuh lagi.In bagai telah membuang dirinya.
Gadis itu tidak mahu sebarang memori antara mereka.In membencinya.Dia tahu itu. Dia kembali kekatil,tunduk membuka surat.Perlahan lahan dia membacanya.
Buat abang yang paling In sayangi,
Terlebih dahulu ampun dan maaf yang In pohon andai kata kahadiran warkah ini menganggu hidup abang.In tak tahu bagaimana untuk menerangkan pada abang.Kaku seketika bila pertama kali melihat dan mendengar abang memarahi In.
In tak dapat mempertahankan diri bang,mungkin ini takdir agaknya.Sekali lagi In pohon ampun andai kata selama ini In menyakiti abang tanpa In sedari.Sebenarnya langsung tidak terniat untuk In menyakiti abang,kerana menyakiti abang umpama In menyakiti diri In sendiri.
Tak mengapalah bang,sekurang kurangnya In dapat melihat kemarahan abang yang tidak dapat In lihat sebelum In.Cuma satu yang masih bermain difikiran In saat ini bang.
Satu persoalan sahaja yang ada di minda In saat dan ketika ini,tiada sekelumit rasa percayakah pada In bang?
Selama hampir dua puluh empat tahun umur In,rasanya tiada orang lain yang paling tahu tentang diri In,tahu tentang kerenah dan perangai In selain abang seorang.
Hanya abang yang tahu segala gala tentang In bang.Bahkan mak pun tidak tahu tentang diri In seperti mana abang tahu segalanya bang.In terlalu terluka dengan kata kata abang.Orang yang paling penting dalam hidup In mengeluarkan kata kata begitu.Betapa pedihnya bang, kesakitan itu begitu menikam hati In.
Dimanakah hilang abang yang pernah satu ketika dahulu sering membela In bila musibah menimpa. Dimanakah hilangnya abang yang paling memahami hati In?Dimana perginya orang yang terlalu agung bagi In bang?In bagaikan berdepan dengan orang lain yang menyerupai abang sewaktu menerima kebencian abang itu.
Tidak bang.Tidak sesekali In terfikir akan menerima semua ini dari abang.Mungkin selama ini In tersilap mengenali abang,mungkin kerana terlalu mengagungkan diri abang hingga In terlupa abang juga seperti In,manusia biasa.Terlalu banyak budi yang abang taburkan buat In sekeluarga, tidak tahu bila In dapat membalasnya.Mungkin hanya Tuhan yang membalasnya,mana tahu In tak berkesempatan untuk membalasnya.
Lagipun setelah mendengar kebencian abang pada In tak mungkin rasanya In menghampakan abang.In berjanji takkan sekali kali muncul dalam hidup abang lagi.Rasanya itulah yang termampu In buat untuk membalas budi abang selama ini.Tiada lain yang dapat In lakukan.
Sekurang kurangnya abang tak minta In lupakan memori kita,kerna kalau itu yang abang pinta,hanya kematian In yang akan mengakhiri segalanya.Selagi In hidup dan bernafas dimuka bumi Tuhan ini tak mungkin In melupakan abang.Sekali lagi diakhir bicara In pohon seribu kemaafan dari abang sekeluarga.In doakan semoga perkawinan abang akan bahagia hingga keanak cucu.
Sekian,yang jauh…
Intan Xarfisda
Air mata menitik sehabis dia membaca surat itu.In ampunkan abang.
“Ampunkan abang In!Abang berdosa pada In.”
Zaidi memekik,bagai melepaskan satu beban yang menghempap dirinya selama ini.Air mata lelakiny a menitik jatuh ke pipi. Panas dirasakan saat itu.Dia bagaikan ditampar bila mengenangkan hinaan yang di hamburkan pada In.
Dia…ah,senyuman gadis itu menjadikan dirinya separuh gila. Wajah ayu itu begitu menghiris kalbu,betapa dia amat merindui gadis itu.Dia terbaring lemah diatas tilam empuk itu.Mata dipejam,terbayang wajah ayu itu.Senyuman manja itu begitu ketara.
Rindunya bercambah waktu itu.Tapi tidak lama,teringat kembali hinaan yang di hamburkan pada gadis itu menjadikan dia diburu seribu kekesalan.In,abang sayangkan In. Pulanglah,In abang cintakan In.Dia tenggelam bersama air mata kesedihan.
“Fidah dah cakap dengan abang,siasat dulu.Tapi abang terburu buru.Kesian In.”Fidah menghamburkan air mata.Sedih mengenangkan sepupu itu.Tidak disangka abangnya sampai menghina In.
“Fidah,sudahlah tu.Abang awak tengah bercelaru.”Zack cuba mententeramkan isteri yang sedang marah itu.Mereka pulang ke Malaysia sebaik saja dikabarkan Zaidi akan berkawin dengan Julia.
“Macamana Fidah nak diam bang.Abang Zaidi buat In macam tu.In tu kawan baik Fidah tau.Sekarang tengoklah,mana kita nak cari In dan mak su.Budak budak tu.”Dia menangis dibahu suami.Sayu bila mengenangkan In bagai melarikan diri.Hingga semua jiran mereka tidak tahu kemana mereka berpindah.
“Fidah,dah tu nak.Mama pun sedih juga.”Datin Mariam memujuk anak itu.Turut kesal dengan semua yang berlaku.Apa yang dirisaukan sekarang ini adalah bagaiamana ingin mencari anak saudara kesayangannya itu.
“Di,salah ma.biarlah Fidah marah Di.Sekurang kurangnya beban Di ringan sikit.In dulu pun tak sempat nak marah Di.Di terlalu kejam pada dia.”hiba kedengaran suara anak muda itu.
Terbayang lagi betapa gadis itu begitu hairan melihat perubahan sikapnya.Tapi saat itu mata dan hatinya buta.Seketika kemudian dia merenung sayu rumah yang pemiliknya telah tiada itu.Segera dia berlari kekereta dan menghilangkan diri.Rasa kesal yang menimpa dadanya begitu menyakitkan.Menyesakkan dan menyeksakan.
Enam bulan berlalu,jiwanya bagai telah mati sejak itu.Sejak Zaidi mula membencinya tanpa usul.Kini dia sedang damai,menghirup udara segar dibumi yang masih belum tercemar.
Walaupun kekecewaan masih menjeruk tangkai hatinya namun diri dikuatkan, hakikat hidup harus diterima.Kesibukkan kerja di bumi kenyalang itu sedikit sebanyak mengubati luka dihati.Tawa anak anak saja yang menjadi penghiburnya.Kekuatannya kini pada mak dan anak kembarnya.
Betapa kini dia menyedari kasih ibu padanya.Tak mungkin dia akan menyakiti ibunya itu.Air mata tumpah lagi.Dia tak pernah melupakan memori indah bersama Zaidi.Tiap saat pasti ingatan itu berada dikotak fikirannya.
Tapi segalanya kini begitu menyakitkan.Dia benci bila duduk sendirian.Bila sendirian dengan mudah kenangan itu muncul.Hidupnya kini terasa kosong.Tapi demi anak anak dan ibu tercinta dia berlakon.Berpura gembira sedangkan hati menderita.Hatinya menangis tanpa siapa tahu.Hatinya berdarah tiada siapa yang peduli.Hatinya hancur luluh tiada siapa yang endah.
Kini segalanya masih lagi bermain bagai pita rakaman,begitu sukar untuk dia menghapuskan memori indah hampir dua puluh tahun mengenali anak muda itu.Hati tersentuh tiap kali mendengar lagu lagu cinta.Hatinya muda sayu bila terusik dek memori indah itu.Namun In sedar,malahan dia tahu betapa selama ini dia menyintai Zaidi.Dia tahu begitu dalam cinta pada anak muda itu tanpa dia sendiri menyedarinya.
“In dah makan?”Pertanyaan itu mengembalikannya dialam nyata.Cepat cepat dia menyeka air mata.Tidak mahu kesan itu dilihat ibunya.
“Tak ada seleralah mak.In minum susu aje malam nanti.”dia menjawab perlahan.Tidak terdaya menetang wajah redup ibunya.
“Sabarlah In.Kuat kan semangat.Demi mak dan anak anak In tu.Mak tahu anak mak ni kuat.”dia memeluk In.Sayu melihat anak yang semakin kurus itu.
“Taklah mak.In tak apa apa.Mak,tadi In belikan mak pasu tau.Cantik.”dia bangun, mencari cari pasu yang dibeli semasa melawat kilang yang baru diambil alih syarikatnya. Tidak mahu berbicara sola perasaan lagi saat itu.Sengaja dia menukar topik perbualan.
“Cantiknya.Dekat mana In beli.”Puan Zainon bersuara,mengikut rentak anak itu.Tidak mahu berbica lagi bila dilihatnya In mengelakkan diri.
“Dekat kilang yang kita orang baru ambil alih tu mak.Banyak,tapi In tak tahu nak pilih. Ini dua yang In berkenan.Murah tau mak.Satu baru dua ringgit setengah.Kata uncle tu pasal In ni lawa.Sebab tu dia kasi murah.”In berseloroh.
“Mestilah anak mak kan lawa.”dia mencium pipi itu.Dia memeluk anak itu penuh kasih. Dia tahu ada buku sedih yang disembunyikan anak itu.Air mata disembunyikan disebalik matanya yang menawan.
Zaidi sedang leka melakar pelan baru untuk bangunan yang bakal dibina kelak.Tekun dia meneliti bangunan idamannya itu.Satu impian yang pernah In katakan padanya.Dengan kenangan itulah dia meneruskan harinya.Dengan kata kata gadis itu satu masa dahulu dia menghadapi hari hari mendatang.Kini setelah hampir enam bulan dia masih lagi mencari. Mencari kekasih yang hilang.
Penyiasat persendirian yang diupah juga tidak mendatang -kan apa apa hasil.Dia kecewa,tiap kali selepas pulang kepejabat dia pasti singgah ke apartment takut takut kalau In pulang semula.Tapi hampa.Tiga hari lepas,sewaktu dia sedang duduk bermenung teringat kembali impian gadis itu.In ingin memiliki sebuah rumah dikawasan tanah lapang.Tidak perlu besar tapi comel.
Cukuplah untuk mereka sekeluarga tinggal disana.Masih ingat lagi reka bentuk yang diidamkan In.Rumah kecil yang comel dengan senibina moden dan tradisional Melayu.Gadis itu idamkan sebuah taman yang kolamnya dihuni ikan ikan yang bebas berenang.Ditengah tengah kolam itu ada tempat untuk berehat,melepaskan tekanan.Ingin sekali dia melihat gadis itu gembira kelak.Dia mahu In gembira dengan semua yang disediakan untuk gadis itu.
“Dah siap ke Di?”Datuk Zabidi bertanya,mendekati anak itu.Kelmarin anak itu beria ia mahu membeli sebidang tanah dipinggir kota,katanya mahu membina rumah buat In.
“Sikit lagi pa,tak lama lagi bolehlah mula bina.”dia tersenyum mendekati papanya. Tersenyum senang,bila mengingatkan In.
“Baguslah tu.Mmm,papa ada hal nak cakap sikit dengan Di ni.”dia memerhatikan anak yang sedang tersenyum itu.Anak itu telah jauh berubah,sikapnya kini menjadi semakin pendiam.Tidak lagi mahu bersosial.Malahan dia malas untuk menghadiri majlis syarikat.
“Apa dia pa?”
“Lusa kita ke Sarawak.Kan hari tu papa ada beli satu syarikat tu kan.So,ada projek baru. Papa nak Di yang bina pelan tu.Sambil tu boleh kita bercuti sekali.Papa dah bincang dengan mama,dia pun setuju nak ikut.”
“Okey pa.”dia memberikan persetujuan saja.Lagipun sesekali makan angin,manalah tahu kalau kalau jumpa In disana nanti.